Thursday 21 March 2013

Be Strong People :)

Assalamualaikum buat penghuni syurga ,  insyaAllah :)

Pada hari ini , saya hendak berkongsi sesuatu yang lain, insyaAllah ilmu yang bermanfaat juga buat semua.
baiklah pada tarikh hari ini 21/3/2013 hari keluarnya keputusan spm bagi batch 95 , tahniah saya ucapkan pada mereka yang berjaya , dan pada yang kurang gembira saya harap anda dapat terus muhasabah diri dan terus percaya bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita .

Tercetusnya idea untuk menulis pada hari ini kerana saya teringatkan saat-saat saya menerima keputusan spm saya sendiri , dan saya antara golongan yang turut bersedih kerana keputusan saya tidak sebegitu memberangsangkan .
JADI , saya menulis sebab saya nak memberi kata-kata mereka untuk mereka yang sama macam saya ,
saya sentiasa berpegung teguh dengan prinsip saya dan dengan prinsip inilah saya terus berdiri kukuh sampai ke hari ini .

Kita bukan bodoh kalau gagal selepas berusaha sebaliknya kita memang bodoh kalau malas berusaha . Sebabnya , gagal selepas berusaha adalah ujian dari Allah buat hambanya ., Hanya orang yang mampu menghadapinya diuji , kalau kita reda , inilah peluang untuk naikkan darjat kita di sisi Allah swt agar Allah reda dengan kita . Ingatlah Allah memandang usaha bukan natijah . Sesungguhnya tiada istilah gagal kalau Allah reda dengan kita . Inilah nikmat jiwa yang taqarrub dengan Rab-Nya ,

Ini yang saya mampu kongsi , maaf sekiranya tulisan ini tidak membantu , saya hanya mencuba sebaik mungkin , amin :)

Thursday 31 January 2013

Ilahi Rabbi

Assalamualaikum w.bt dan selamat sejahtera insan yang senantiasa dikasihi oleh Allah swt,

Maaf saya ketandusan idea hendak berkongsi ilmu, ada ilmu yang mahu saya sampaikan tapi belum saya yakin lagi dengan apa yang saya kaji. Takut nanti bila dah share ada pula yang salah kan??

Tapi ada sesuatu yang hendak saya sampaikan , saya berharap apa yang saya tulis ini dapat menjadi rujukan untuk orang yang masih mencari-cari redha Allah , insyaAllah marilah kita doakan takdir yang terbaik untuk kita semua.

Seketika dahulu...
Saya senantiasa tertanya-tanya adakah istilah 'couple' itu haram di dalam Islam? Berbagai artikel yang saya cari, berbagai perndapat yang saya temui , dan alhamdulillah akhirnya saya menemui satu jawapan yang pasti .
bismillahirrahmanirrahim..
jawapannya.. YA. couple itu haram di dalam islam , mengapa ? bagaimana ??
ini jawapannya , pernahkah hamba Allah sekalian mendengar ayat al-Quran atau hadis sahih sendiri yang mengatakan Allah melarang kita mendekati zina apatah lagi melakukannya?? pasti pernah bukan?
Ya couple itu haram , ini adalah kerana , tipulah sekiranya lelaki dan perempuan yang sudah berpasangan tidak mempunyai perasaan saling merindui di antara satu sama lain. Dan hakikatnya perkara itu adalah maksiat hati. Dan tipulah sekiranya pasangan tidak saling ingin berjumpa ? apa yang akan terjadi sekiranya pasangan tersebut berjumpa ? pasti mereka akan saling bertentangan mata, sedangkan hamba Allah yang dikasihi sekalian .. bukankah di dalam islam Allah memerintah kita saling menundukkan pandangan daripada seseorang yang bukan mahram bagi kita ? nauzubillahiminzalik .
Saya sebenarnya di antara manusia yang pernah melakukan kesalahan itu, dan selama tempoh saya bercouple hati saya tidak merasa tenang dan yang paling menakutkan adalah saya merasakan Allah swt sudah semakin jauh dengan saya . :'(
Dan akhirnya saya membuat keputusan yang saya harus melepaskan dia, sungguh kalau diikutkan hati ini tidak saya melepaskannya tetapi apakan daya ? cinta Tuhan yang sebenarnya saya cari Ya Ilahi Rabbi , tetapi dia tidak mengerti. kerana cinta saya pada hamba Allah itu saya mematikan perhubungan itu kerana saya tidak mahu melalaikannya dan menjadikan dia di antara golongan yang lalai kerana seorang wanita yang menjadi fitnah bagi kaum adam menurut khutbah terakhir Rasullullah,
ya memang benar , wanita adalah fitnah terbesar yang Nabi kita tinggalkan buat kaum lelaki pada akhir zaman.
Pasti ada di antara kalian yang beranggapan cara ini kolot? atau mungkin setelah saya menceritakannya anda akan sekadar membaca dan tidak mengendahkan kisah ini ibarat melepaskan batuk di tangga ?
Atau pasti ada yang berkata '''ahhh , saya couple tapi tak buat apa-apa pun?? dating tak pernah , apatah lagi berpegangan tangan ?? jadi tak dosalah kot?? ++ saya cintakan dia kerana Allah!!!!'''
anda yakin anda sudah cukup kuat cintakan dia kerana Allah ??
Saya juga begitu , tetapi ketahuilah selama tempoh kita menjalinkan hubungan tersebut kita adalah insan yang sentiasa dalam berkeadaan berdosa walaupun kita tidak berbuat apa-apa.

Saya juga cuba menyangkal kebenaran pada permulannya kerana ketika itu saya sedang sarat dibuai dek cinta manusia,tapi saya cuba mempelajari untuk menerima semua itu secara perlahan-lahan , kita mesti cuba untuk bermuhasabah diri walau apa jua sekalipun. InsyaAllah , Allah pasti ada buat kita yang sentiasa mengejar cintanya , dan buat lelaki yang saya cintai , ketahuilah aku sedang berusaha mencintaimu kerana Dia , aku tidak ingin menjadi perempuan yang menjatuhkanmu wahai saudara , akan aku sentiasa berdoa agar Allah pertemukan kita kembali sekiranya ada jodohmu dengan ku ,
amin amin ya Rabbal alamin ,

sekian , terimakasih kerana sudi berkongsi ilmu :)